Bahasa Melayu Moden

hallo2!! nmer akoe Aida*.. Akoe ader rmy kwn.. ader yg cyunx akoe n ader yg x cyunx akoe..tp akoe x kecah coz ctiap owg ader pendpt machink2 eyn? akoe ceowg yg baran dlm n x cker owg kecowh2 hal akoe,x cker owg centowh kwn2 akoe. akoe x cker gdowh2 coz i2 camer cam dark2 bodowh!hahaha! btw, akoe cgt cyunx kwn2 aq.. don't touch them largh sial!cumer yg knal akoe yerk!! love kowank bangat2!!tp akoe lg cyunk Camin* n Kd* keyh!!

sAtU jaM sAjA kUwh teLaH bIsA CiNtAi KaMu Di Ati kUwh , NaMuN bAgi kUwh mEluPakAn mU BuTuh wAktU kUwh sEuMur HiDuP .

dyer dah mluahkn pwasaan dyer tat akoe . . tp akoe still syg (S*) .
MAMA MINTAK MAAP PAPA..



Kenapa aku sungguh ketinggalan zaman?Tidak tahu tentang bahasa Melayu moden diatas tersebut?Aku ni di ibaratkan seorang manusia yang masih lagi menggunakan bahasa melayu klasik seperti di dalam prosa klasik tingkatan lima,sedangkan remaja-remaja sekarang tahu untuk meningkatkan bahasa Melayu mereka tanpa melihat Kamus Dewan dan sebagainya.Kata mereka ayat-ayat diatas lebih up to date atau lebih funky dan cute.

Kau ketinggalan zaman Aida.


Aku rasa yang aku perlu pergi ke kelas bahasa untuk mempelajari perkataan-perkataan baru.Aku perlu ke kelas tersebut sama seperti seorang pelajar yang terdesak untuk memperlajari bahasa Inggeris dalam masa tiga bulan.Aku seperti pelajar tersebut. Terdesak untuk menjadi salah seorang yang up to date. Tetapi setelah difikirkan,kelas-kelas bahasa yang ditawarkan semestinya tidak akan mengajar bahasa-bahasa diatas.Ini kerana mereka(remaja) hanya mengubah struktur bahasa tersebut.Mereka juga tidak merujuk mana-mana kamus.Aku pasti bahawa mereka memperolehi A1 untuk bahasa Melayu.Aku kagum dan aku ingin menjadi salah seorang daripada mereka.

Ada sesiapa yang ingin menaja aku ke kelas bahasa Melayu moden ini?


*entri ini hanyalah gurau senda dan bukanlah ayat-ayat tersebut merupakan bahasa Melayu moden.Nama-nama yang tertera diatas telah diubah bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan.