*mengeluh
Siapa yang patut dipersalahkan? Ibu bapa? Si gadis? atau teman lelaki si gadis? Pokok pangkalnya,semua haruslah bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.Kurangnya perhatian dan kasih sayang ibu bapa boleh menyumbang kes-kes begini.
CONTOH:
Encik Z dan Puan Z merupakan usahawan yang berjaya.Mereka hidup mewah bersama seorang anak gadis yang bernama Zarina.Encik Z dan Puan Z sering bekerja siang dan malam mencari duit.Mereka akan berjumpa dengan Zarina pada waktu pagi dan selebihnya Zarina tinggal di rumah seorang diri.Zarina mempunyai seorang teman lelaki bernama Zaid.Zarina sering mengajak Zaid tidur dirumahnya.Pada suatu hari,Zaid terlanjur bersama Zarina.Beberapa minggu kemudian,Zarina didapati mengandung.Encik Z dan Puan Z mendapat tahu tentang Zarina.Mereka berbincang dengan Zarina.Zarina meluahkan isi hatinya.DIa kekurangan kasih sayang ibu bapa.Jadi dia terlampau sayang akan Zaid dan sanggup menggadaikan maruahnya untuk membuktikan kasihnya terhadap Zaid.Encik Z dan Puan Z berasa kesal.Nasi sudah menjadi bubur.
Ada juga ank gadis yang terlanjur walaupun ibu bapanya memberi sepenuh perhatian kepadanya.Seperti gadis-gadis yang bersekolah agama.Mereka menutup perbuatan mereka disebalik tudung labuh dan kealiman yang ditunjukkan.Rahsia mereka terbongkar apabila mereka bersalin didalam bilik air asrama.
Kebanyakkan gadis-gadis termakan dengan kata pujuk teman lelaki.
"Ala,kalau you sayang I,you bagi I sentuh you.Tu baru bukti you sayang I"
"You jangan risau,jadi pape I tanggung"
"You jangan risau,jadi pape I tanggung"
Jadi,si gadis pun menyerahkan setiap inci tubuh badannya untuk dijamah oleh lelaki yang bukan suaminya yang sah.Maka beberapa bulan berlalu,perut semakin membesar.Di tanya kepada si lelaki yang dahulunya menjanjikan pelbagai kata manis hanya akan berkata;
"gugurkan je! i taknak bertanggungjawab.Malulah parents I!"
"mana you tahu tu anak I? ntah-ntah you ni dah ramai laki sentuh.Bila jadi macam ni you tuduh I"
"mana you tahu tu anak I? ntah-ntah you ni dah ramai laki sentuh.Bila jadi macam ni you tuduh I"
Atau lelaki tersebut menghilang selepas mendapat tahu bahawa si gadis mengandungkan anaknya.
Oleh sebab itu,maka terjadilah "bayi tong sampah","bayi lubang jamban","bayi makanan anjing" dan sebagainya.Fikirkan bagaimana nasib anak yang bakal dilahirkan itu.Tidak berbapa,tiada wali untuk mewalikan perkahwinanya dan sebagainya.Anak yang dilahirkan itu juga berkemungkinan besar akan menyambung dosa ibunya.Jangan bertindak mengikut nafsu.Kawal diri.
Wahai gadis-gadis sekalian,lindungi lah diri anda.Jangan biarkan diri anda diperguna oleh lelaki yang hanya akan merosakkan hidup anda.Jikalau lelaki tersebut sayangkan anda,beliau tidak akan sekali-kali memperlakukan anda sebegitu rupa.Belajar untuk cakap tidak! Fikirkan keburukkannya.Jauhkan diri daripada orang yang cuba merosakkan anda.
Sekarang ini,kes-kes ini berlaku kepada gadis-gadis melayu.Tak kan kita mahu biarkan anak melayu kita rosak?
Fikirkan sejenak......