Bukan entri emo, hanya luahan perasaan.

Aku selalu rasa macam aku ni tertukar identiti dengan adik aku. Betul. Perangai aku macam lelaki. Ah..adik aku tak suka nak merayau,aku suka,adik aku suka menjahit,aku tak tahu aku suka apa,adik aku pandai,aku bodoh.

Sebenarnya,aku iri hati bila tengok adik aku rapat dengan mak bapak aku. Aku ni kadang kadang rasa macam terpinggir pun ada. MUNGKIN mak bapak aku sayang dekat adik aku sebab,dia baik,tak banyak buat hal,pandai lagi. Kalau sesiapa tanya pasal adik aku,mak bapak aku ada lah benda yang bagus pasal adik aku untuk di ceritakan kepada orang orang tersebut. Contohnya;

Makcik S: "eh,anak bujang kau tu form 1 kan?"

Mak:
"a'ah. Dia tu tak suka keluar rumah. Suka menjahit.Pandai masak.blablablabla"


Kalau pasal aku pulak,hmm malaslah cerita. Kau orang buat perbualan diatas tadi tu,tapi berlawanan dengan perbualan diatas tersebut.Haha. Kiranya,aku ni tak ada benda untuk dibanggakan. Untuk dibangangkan ada lah. Orang selalu cakap yang anak bongsu memang manja, Betul lah tu. Aku tak nafikan. Bukannya aku tak cuba nak jadi baik,aku cuba,tapi mak bapak aku macam tak nampak. Aku rasa,apa yang mak bapak aku nampak dekat diri aku ni adalah.....(Kena buat list. Banyak sangat.Haha)


Ahh malas lah. Kau orang faham faham sendiri lah ye. Memang aku sedar pun,aku bukan anak yang baik. So,kalau mak bapak aku sayang adik aku lebih aku pun tak pelik lah kan. Haha. Seriously,memang aku rasa macam malang mak bapak aku dapat aku. Tak ada benda untuk dibanggakan. -_-'' Walaupun aku kadang kadang terasa juga bila tengok keakraban mak bapak aku dengan adik aku, aku terpaksa fikir yang aku ni dah puas bermanja dengan mak bapak aku sedangkan belum. Aku cuma puas kena sebat,cubit,sepak (lempang ye) dan sebagainya. Aku agak trauma bila ingat benda benda tu semua.


Aku pun kadang kadang benci sangat dengan adik aku, sebab dia manja. Tapi,bila aku dengar orang cakap adik aku pondan sebab tak main bola,tak melepak,aku tak suka. Aku sayang adik aku. Tak kisah la dia cacat ke,pondan ke,gila ke,aku tetap sayang dia. Aku tak suka orang ejek adik aku. Aku je boleh ejek dia.:p
Aku tetap sayang dia walaupn dia suka tarik rambut aku sampai gugur,cubit aku smpi luka.Aku tak kisah.



Aku sayang mak bapak dengan adik aku. Walaupun mereka ni menyakitkan hati aku,aku tetap sayang mereka. Ala,mereka pun manusia bukan malaikat. Aku pun selalu juga sakitkan hati mereka.Haha. Kalau mereka tak sayang aku,tak apa. Aku tak kisah. Itu hak masing masing. Tak kan aku nak paksa mereka untuk suka atau sayang aku. Aku tahu mak bapak aku sayang adik aku. Tak apa lah. Dia baik,pandai,hormat orang tua. Memang patut disayangi. Haha. Aku tahu yang semua mak bapak pun mesti ada anak kesayangan mereka walaupun mereka cakap mereka sayang semua anak mereka. Aku terasa lebih sebab aku mempunyai seorang sahaja adik,dan kasih sayang mereka tertumpu kepada beliau. Tak apa. Aida tak marah. Hehe. Setelah sekian lama aku nak menceritakan apa yang aku rasa,hari ini baru terluah semua. Eh tidak,hanya 50% sahaja yang terluah. :p


Nak upload gambar family,tapi cari-cari baru aku sedar kami tak ada gambar family. Haha -_-''



Dah lah.Bye