Edisi Khas Baqir

Oleh disebabkan Baqir selalu memberi komen yang mengatakan saya meletakkan entri-entri yang mengarut,pada hari ini saya akan mengupas semua kisah tentang Baqir!

Saksikan...........



Tertuduh bernama Muhammad Baqir Bin Ghazali berusia seawal 17 tahun sudah pandai membuat lawak dan sentiasa dimarahi di dalam kelas.Beliau memiliki tubuh badan yang agak menarik dan mana-mana agensi permodelan yang ingin mencari bakat baru,bolehlah menghubungi beliau.Baqir merupakan anak lelaki terakhir di dalam keluarganya.Beliau mempunyai lesen tetapi tidak mempunyai kereta.Bapa nya menghadiahkannya sebuah basikal bernilai RM2000 sekali dengan lesen keretany
a.Baqir yang mempunyai rupa paras yang seperti cina amatlah digilai ramai gadis-gadis dan ibu gadis.

Apabila tiba waktu peperiksaan,beliau akan selalu meminta jawapan dari kawan-kawannya.Tetapi,beliau sangat pandai dalam bidang komputer.Baqir mempunyai masalah iaitu beliau sukar untuk menepati janji.Oleh sebab itu,kawan-kawannya agak sakit hati dengan nya.Dari pandangan luar,Baqir kelihatan seperti seorang lelaki yang keras hati,tapi sebenarnya beliau mempunyai hati yang sangat lembut,karakternya yang tidak ditonjolkan adalah beliau cepat merajuk dan cepat terasa.

Sekian.




Hihi comel bukan?