Bila orang tak sedar diri berkata-kata

Dia akan lupa asal-usulnya. Lupa pengorbanan orang sekelilingnya. Lupa segala-galanya. Hidupnya digelumangi maksiat. Bertukar-tukar pasangan setiap hari. Dadah menjadi santapan,arak menjadi penghilang dahaga. Kedua orang tua yang mengutipnya sewaktu kecil menjaganya seperti permata yang tinggi nilainya,dibelai,dimanja,melebihi apa yang anak kandung kedua orang tua tersebut dapat. Apa yang anak kutip itu minta semua diberi,kereta,rumah,duit,segalanya. Pendek cerita,kedua orang tua tersebut tidak akan dapat hidup sekiranya anak kutip itu tiada. Kamu semua mesti fikir yang si anak kutip ini cantik dan cerdik bukan? maaf,si anak kutip ini tidak cantik,bodoh pula. Sewaktu kecil,kepalanya terdapat banyak kudis-kudis yang menjijikkan,sedangkan anak kandung kedua orang tua tersebut cerdik pandai,cantik-cantik belaka,dan sopan.

Cerita bermula apabila kedua orang tua ini dikurniakan tiga anak lelaki yang comel,akan tetapi kedua orang tua tersebut inginkan anak perempuan. Ibu kepada salah seorang orang tua tersebut berkata "Jangan ambil anak yang kau tidak tahu asal usulnya.." Kedua orang tua tersebut berdegil. Tetap dengan kuputusan mereka. Jadi mereka mengambil anak perempuan yang bakal menconteng arang ke muka kedua orang tua yang mengutipnya tadi. Si anak kutip tersebut di sekolahkan di sekolah antarabangsa di Indonesia. Kedua orang tua tersebut berbangga dengan si anak kutip tadi. Mulut mereka tidak lekang menceritakan betapa pandainya,baiknya anak kutip tersebut.

Sewaktu berumur 17, si anak kutip mahukan sebuah telefon bimbit. Dia mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi. Jadi,kedua orang tua tersebut membelikannya sebuah telefon bimbit. Pada waktu itu,sesiapa yang memiliki telefon bimbit Nokia 3310 sudah dikira sangat kaya. Semakin hari,perangainya semakin teruk. Ikutkan hati mahu saja aku lempang anak kutip tersebut. Dipendekkan cerita si anak kutip ini merupakan seorang yang 'spoil brat'.

Pada suatu hari, si anak kutip ini pulang ke rumah dengan memakai baju kurung. Tidak pernah dia memakai baju kurung melainkan ada urusan atau perayaan atau lebih mudah,baju kurung adalah fesyen 'dont's' dalam kamus hidupnya. Seperti yang saya cakap,baju kurung hanya untuk urusan baginya. Memang betul. Ada suatu urusan yang terpaksa di tanggung selama sembilan bulan. Ya,dia mengandung. Dia cakap,dia dah berkahwin dengan seorang duda anak satu yang tak pernah habis sekolah menengah. Duda tersebut ada agendanya tersendiri,mahu kikis harta kedua orang tua tersebut. Sejauh mana kebenaran anak yang dikandungkan itu adalah anak luar nikah,tidak dapat dipastikan,hanya dia yang tahu.

Sekarang,anak yang dikandungkan telah pun lahir dan berumur 4 tahun. Si anak kutip telahpun bercerai dengan duda tersebut dan si anak kutip itu mengabaikan anaknya. Dia terus hanyut dengan seks bebas,parti,arak dan dadah. Kedua orang tua yang membelanya dilayan seperti alas kaki. Ditengking,dimaki segala. Kedua orang tua tersebut seakan takut kehilangan 'permata' yang di sayangi. Sehingga detik ini,perkara ini masih berlarutan. Keluarga kedua orang tua tersebut menjadi busuk hanya kerana anak kutip tersebut.

Moralnya disini,bersyukur dengan anugerah yang telah Allah beri. Segalanya bersebab mengapa kamu tidak dikurniakan dengan anak perempuan atau lelaki. Didiklah anak tersebut dengan baik.

p/s: Sampai sekarang gua rasa nak tumbuk muka anak kutip tu.

p/p/s: Anak kutip yang diceritakan itu memang wujud,dan gua kenal dia siapa.


Bye :)