Masa depan aku ditentukan minggu depan. Cuak? boleh tahan la. Tapi benda dah buat kan? apa-apa keputusan nanti,aku kena terima. Aku perlukan sekurang-kurangnya C untuk kertas Matematik aku. Aku harap usaha aku hari tu cukup. Sejujurnya,aku tak pernah ulang kaji subjek Matematik sekuat tahun lepas. Terima kasih Pn.Maizatul Akmal kerana mengubah persepsi aku terhadap Matematik. Sekarang,aku tidak lagi benci Matematik,cuma aku risau apa yang bakal aku dapat untuk keputusan SPM nanti. Aku sangat perlukan keputusan yang baik untuk SPM,terutamanya Matematik,sebab kalau aku gagal,entah lah, kemungkinan untuk sambung belajar di KPJ makin tipis.

Aku tahu aku kena berfikiran positif. Aku kena yakin. Aku minat fisioterapi dan aku akan pergi ke KPJ dan belajar fisioterapi di sana. Dah! apa orang nak cakap,teruskan. Aku tak peduli.