Macam macam

"TAIPING - Shukarnor Abdul Mutalib, 60, kurang senang dengan kecaman segelintir masyarakat termasuk beberapa penulis blog yang memperlekehkan niat ikhlas anaknya, Kartika Sari Dewi, 32, untuk menjalani hukuman sebat akibat kesalahan minum arak.

Lebih mengecewakan beliau ialah ada pihak yang mempertikaikan asal-usulnya termasuk mendesak status kerakyatan keluarganya ditarik balik.

"Mereka mencemuh Kartika kononnya berasal dari negara jiran dan telah memalukan negara ini. Ekoran itu, kami sekeluarga telah didatangi pihak polis beberapa hari lalu bagi menyiasat latar belakang kami.

"Saya ingin tegaskan kami anak Melayu Perak jati dan merupakan keturunan Ngah Lamat iaitu bapa saudara Tengku Menteri Ngah Ibrahim yang merupakan salah seorang pembesar negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membawa Kartika dan beberapa anaknya yang lain ke makam Ngah Ibrahim yang terletak di Kompleks Sejarah Matang dekat sini semalam.

Shukarnor memberitahu, beliau juga terlibat secara langsung dalam proses membawa pulang tulang-temulang Ngah Ibrahim dari Singapura ke Perak yang disempurnakan pada September 2006."



Tak faham dengan media sekarang ni. Dulu kecoh pasal nak kena sebat sebab minum arak,sekarang kecoh pasal asal usul keturunan si pesalah tu. Nampaknya si pesalah tu secara tidak langsung sudah menjadi selebriti. Muka Siti,Mawi tak ada pun keluar hari hari dekat surat khabar,muka dia hari hari keluar surat kabar. Susahlah artis artis nak cari makan kalau muka si pesalah tu hari hari di promotekan di surat khabar,siap jadi tajuk utama lagi. Banyak lagi berita yang boleh dijadikan tajuk utama.

I harap lepas dah glamer tahap menteri ni ada lah video you kena sebat tu.Bolehlah Rashid Sibir,David Teo,Ahmad Idham ambil you jadi pelakon drama.Hihi.


Selamat berpuasa. :)